Apa yang dapat di simpulkan dari nisbah angka ini, Brutale 800 RR sememangnya adalah nakedbike yang berspesifikasi agak buas.
Dengan kuasa setinggi 140bhp bagi enjin 3 silinder 798cc itu, Brutale 800 RR telah di pasang dengan adjustable 8-level traction control system yang juga merupakan sebahagian dari sistem MVICS 2.0 (Motor and Vehicle Integrated Control System) yang turut melengkapi sistem kawalan pemanduan pintar.
Selain itu ianya turut di lengkapi MVICS-controlled fuel-injection system dengan 3 tetapan mode (sport, normal and rain) bagi menjadikanya ianya lebih bersifat mesra penunggang terutama bagi mereka yang baru berjinak dengan jentera naked berkuasa tinggi.

Dan tidak ketingggalan unit EAS 2.0 quickshifter pada 6 gear kelajuan bagi memberi tindakbalas yang lebih jitu semasa tukaran gear lebih agresif.
Bagi mengukuhkan dan mengimbangi pengendalian Brutale 800 RR, ianya di lengkapi dengan gabungan 2 jenis casis iaitu tubular steel trellis/aluminium plate chassis bersama single-sided swingarm yang turut memberi imej tersendiri Brutale, manakala sistem suspensi adalah dari jenis adjustable 43mm Marzocchi USD fork dan suspensi belakang Sachs monoshock.
Unit brek adalah dari jenis Brembo dengan cakera 320mm depan bersama radial-mount calipers, dan ABS adalah alatan standart bagi model ini.